Sunday, 21 February 2016

KESIMPULAN


Akhirulkalam,warga tua bukanlah seperti barang lama yang harus dibuang setelah penat menabur budi selama ini kepada negara dan golongan.Dari manakah kita datang tanpa mereka?Sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana suatu hari nanti kita juga pasti akan menjadi ’tua’ juga dan kita akan mengalami perkara yang sama pada masa yang akan datang.Oleh hal yang demikian,kita haruslah sentiasa menghormati dan mengenang segala jasa dan budi mereka.Masyarakat ini berhak menerima layanan yang terbaik daripada negara dan masyarakat tanpa sebarang alasan. Semua pihak haruslah sedar dan menerima kenyataan bahawa tanpa warga tua tiadalah warga muda. Bayangkan jika anda sudah tua dan anda pula yang disisihkan.Apakah perasaan anda?Oleh itu,semua  pihak perlulah menghargai jasa  dan pengorbanan warga tua.Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang telah berkorban melahirkan,  membesarkan, dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam hidup.Setiap insan wajarlah melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa mereka.





                 
      SAJAK UNTUK WARGA TUA YANG AMAT KITA  
SAYANGI  




Nampakkah kau
wanita tua di tepi jalan
mukanya comot rambutnya kusut
membawa bersamanya beg usang
berjalan ke sana ke mari
tanpa suatu destinasi.

Nampakkah kau
lelaki tua di hujung jalan
kemejanya kotor seluarnya rabak
duduk di sudut tangga
menunggu sisa makanan di restoran mamak
untuk mengalas perut yang kosong.

Nampakkah kau
darah berlumuran di jalan raya
mayat si tua dibiarkan di situ
dan
di bilik mayat pula
tiada siapa datang menuntutnya.


Nampakkah ia sepertimu
mereka juga dicipta oleh-Nya
tetapi bezanya mereka diabaikan
ditinggalkan
oleh anak-anak jahil yang tidak berbudi
nampakkah kau?









1 comment: