Wednesday, 24 February 2016

PENGAJARAN

 

Pada era globalisasi ini,remaja bersikap kurang ajar terhadap golongan warga tua.Malah,warga tua adalah golongan yang harus dihormati oleh masyarakat.Hal ini demikian kerana,mereka telah menaburkan banyak jasa dan khidmat.Pengajaran yang harus diambil sebagai iktibar ialah ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mereka.Ibu bapa haruslah bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka untuk mencurahkan kasih sayang dan menghormati orang tua.Selain itu,pihak sekolah juga wajarlah mengadakan Hari Keluarga.Majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara murid,ibu bapa dan juga guru.Majlis ini dapat membantu pelajar untuk belajar memenang hati dan menghormati warga tua.Selanjutnya,pihak media juga berperanan membanyakkan cerita-cerita dan menyiarkan rancangan yang berunsurkan kasih sayang terhadap orang tua.Hal ini dapat melahirkan kesedaran dalam kalangan remaja hari ini tentang pentingya menghormati orang tua.








No comments:

Post a Comment