Pada era globalisasi ini,jumlah warga tua di rumah warga emas semakin meningkat dari semasa ke semasa seperti cendawan tumbuh selepas hujan terutama di kawasan bandar.Warga tua didefiniskan sebagai ahli atau anggota yang sudah lanjut usia.Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun yang juga dikenali sebagai warga emas.Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga,masyarakat dan keluarga.Namun,warga emas ini sering diabaikan dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat ibarat kacang melupakan kulit.Oleh hal yang demikian,jasa dan sumbangan warga tua haruslah dikenang dan dihargai setiap masa.Warga emas sering diabaikan kerana seikap masyarakat yang dijajah oleh aspek imperialisme individualistik dan materialisme yang cukup kuat.Hal ini demikian kerana,masyarakat hari ini lebih mengejar akan kebendaan dan kemewahan hidup daripada nilai sebuah kasih sayang.Implikasinya,perbuatan ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam golongan orang tua.Selain itu,golongan tua akan berasa sedih apabila tiada orang yang mengambil berat tentang kebajikan mereka.Oleh itu, warga tua akan berasa kecewa dan perasan mereka akan tersinggung.Terdapat beberapa langkah bagi menghilangkan kesedihan warga tua.Antara contohnya ialah kerajaan boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan mereka.Akhir sekali,warga tua bukanlah seperti surat khabar yang lama yang harus dibuang setelah penat menabur budi selama ini kepada negara dan golongan muda.Semua pihak harus sedar bahawa tanpa warga tua tiadalah warga muda.
No comments:
Post a Comment