Wednesday, 24 February 2016

PROFIL KUMPULAN MINION BANANA






NAMA PENSYARAH : PUAN FADZILAH BINTI ABDUL
                                            RAHMAN
        
NAMA AHLI KUMPULAN MINION BANANA



VIMMEL A/L SUBRAMANIAM
DPR2B
16DPR15F1997
JABATAN PERDAGANGAN



MUNISHLADEWI A/P KUMAR
DAT2A
16DAT15F1005
JABATAN PERDAGANGAN




KESHIKA A/P MUNIANDY
DAT2A
16DAT15F1089
JABATAN PERDAGANGAN





SHARMALA A/P MAGESWARAN
DAT2A
16DAT15F1005
JABATAN PERDAGANGAN

PENGENALAN




                            
   



Pada era globalisasi ini,jumlah warga tua di rumah warga emas semakin meningkat dari semasa ke semasa seperti cendawan tumbuh selepas hujan terutama di kawasan bandar.Warga tua didefiniskan sebagai ahli atau anggota yang sudah lanjut usia.Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun yang juga dikenali sebagai warga emas.Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga,masyarakat dan keluarga.Namun,warga emas ini sering diabaikan dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat ibarat kacang melupakan kulit.Oleh hal yang demikian,jasa dan sumbangan warga tua haruslah dikenang dan dihargai setiap masa.Warga emas sering diabaikan kerana seikap masyarakat yang dijajah oleh aspek imperialisme individualistik dan materialisme yang cukup kuat.Hal ini demikian kerana,masyarakat hari ini lebih mengejar akan kebendaan dan kemewahan hidup daripada nilai sebuah kasih sayang.Implikasinya,perbuatan ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam golongan orang tua.Selain itu,golongan tua akan berasa sedih apabila tiada orang yang mengambil berat tentang kebajikan mereka.Oleh itu, warga tua akan berasa kecewa dan perasan mereka akan tersinggung.Terdapat beberapa langkah bagi menghilangkan kesedihan warga tua.Antara contohnya ialah kerajaan boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan mereka.Akhir sekali,warga tua bukanlah seperti surat khabar yang lama yang harus dibuang setelah penat menabur budi selama ini kepada negara dan golongan muda.Semua pihak  harus sedar bahawa tanpa warga tua tiadalah warga muda.





                                         



             

KESAN-KESAN KEPADA GOLONGAN WARGA TUA





Peningkatan warga emas dalam rumah orang tua menyebabkan kesan yang amat mendalam dalam diri setiap warga tua.Antaranya ialah,,fenomena pengabaian warga tua memberikan gambaran bahawa institusi kekeluargaan di negara kita semakin rapuh.Selain itu,keluarga  yang mengabaikan warga tua akan dipandang sinis atau serong oleh masyarakat.Seterusnya,pengabaian warga tua juga turut menambahkan beban negara.Selanjutnya,masyarakat akan menggangap golongan orang tua sebagai bebanan.Hal ini turut menyumbang masyarakat mengiktiraf warga tua sebagai golongan yang suka berleter dan membebel terutamanya sewaktu memberi nasihat atau teguran.Kesimpulannya,langkah-langkah yang sewajarnya haruslah diambil bagi menyelesaikan masalah ini.






 
.

PENGAJARAN

 

Pada era globalisasi ini,remaja bersikap kurang ajar terhadap golongan warga tua.Malah,warga tua adalah golongan yang harus dihormati oleh masyarakat.Hal ini demikian kerana,mereka telah menaburkan banyak jasa dan khidmat.Pengajaran yang harus diambil sebagai iktibar ialah ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mereka.Ibu bapa haruslah bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka untuk mencurahkan kasih sayang dan menghormati orang tua.Selain itu,pihak sekolah juga wajarlah mengadakan Hari Keluarga.Majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara murid,ibu bapa dan juga guru.Majlis ini dapat membantu pelajar untuk belajar memenang hati dan menghormati warga tua.Selanjutnya,pihak media juga berperanan membanyakkan cerita-cerita dan menyiarkan rancangan yang berunsurkan kasih sayang terhadap orang tua.Hal ini dapat melahirkan kesedaran dalam kalangan remaja hari ini tentang pentingya menghormati orang tua.








Sunday, 21 February 2016

RUJUKAN


                             
1)AKHBAR

 


2)MAJALAH
                      

3)INTERNET


  • http://www.medicalzone.org/berbakti-kepada-orang tua 
  • berbaktikepadaorangtua.com/membahagiakan-orang tua

4)BUKU

         
                                                                                         







KESIMPULAN


Akhirulkalam,warga tua bukanlah seperti barang lama yang harus dibuang setelah penat menabur budi selama ini kepada negara dan golongan.Dari manakah kita datang tanpa mereka?Sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana suatu hari nanti kita juga pasti akan menjadi ’tua’ juga dan kita akan mengalami perkara yang sama pada masa yang akan datang.Oleh hal yang demikian,kita haruslah sentiasa menghormati dan mengenang segala jasa dan budi mereka.Masyarakat ini berhak menerima layanan yang terbaik daripada negara dan masyarakat tanpa sebarang alasan. Semua pihak haruslah sedar dan menerima kenyataan bahawa tanpa warga tua tiadalah warga muda. Bayangkan jika anda sudah tua dan anda pula yang disisihkan.Apakah perasaan anda?Oleh itu,semua  pihak perlulah menghargai jasa  dan pengorbanan warga tua.Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang telah berkorban melahirkan,  membesarkan, dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam hidup.Setiap insan wajarlah melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa mereka.





                 
      SAJAK UNTUK WARGA TUA YANG AMAT KITA  
SAYANGI  




Nampakkah kau
wanita tua di tepi jalan
mukanya comot rambutnya kusut
membawa bersamanya beg usang
berjalan ke sana ke mari
tanpa suatu destinasi.

Nampakkah kau
lelaki tua di hujung jalan
kemejanya kotor seluarnya rabak
duduk di sudut tangga
menunggu sisa makanan di restoran mamak
untuk mengalas perut yang kosong.

Nampakkah kau
darah berlumuran di jalan raya
mayat si tua dibiarkan di situ
dan
di bilik mayat pula
tiada siapa datang menuntutnya.


Nampakkah ia sepertimu
mereka juga dicipta oleh-Nya
tetapi bezanya mereka diabaikan
ditinggalkan
oleh anak-anak jahil yang tidak berbudi
nampakkah kau?